KUALA LUMPUR: Sempena mengingati peranan dan sumbangan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman, Arkib Negara menganjurkan Pameran Eksklusif Tugu Negara dan Bicara Negara di Memorial Tunku Abdul Rahman bermula hari ini.
Ketua Pengarah Arkib Negara, Datuk Jaafar Sidek Abdul Rahman berkata, pameran itu diadakan dengan kerjasama Kedutaan Austria di Malaysia sebagai mengimbau kembali hubungan diplomatik kedua-dua negara yang terjalin sejak 1962.
Menurutnya, secara literal, hubungan Malaysia-Austria dilihat menerusi pembinaan Tugu Negara di mana pereka arca terkenal dari Austria dibawa ke Malaysia untuk membina tugu peringatan sebagai tanda penghormatan kepada lebih 11,000 perajurit yang gugur ketika mempertahankan kedaulatan negara.
"Pengunjung dapat melihat dan mempelajari dengan lebih mendalam mengenai sejarah di sebalik pembinaan Tugu Negara di samping memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya generasi muda," katanya pada sidang media di sini pada Rabu.
Jaafar Sidek menambah, idea pembinaan Tugu Negara dicetuskan oleh Tunku Abdul Rahman selepas tertarik melihat tugu peringatan yang dihasilkan Felix De Weldon yang terletak di Memorial Iwo Jima, Amerika Syarikat (AS) pada 25 Oktober 1960.
Beliau berkata, penganjuran program seumpama itu adalah selaras dengan peranan Arkib Negara dalam usaha menyebarluaskan sejarah negara serta mendekatkan masyarakat dengan tokoh-tokoh negara.
Pameran itu dibuka 9 pagi hingga 5 petang setaip hari kecuali hari Isnin.
Astro Awani
Wed Nov 30 2022
Jaafar Sidek berkata, selain Pameran Eksklusif Tugu Negara, Arkib Negara turut mengadakan Bicara Negara sebagai mengingati peranan dan sumbangan Tunku Abdul Rahman. - Foto/ Arkib Negara
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Sembilan pemain skuad juara 2022 perkuat cabaran Malaysia di Piala Asia 2024
MHC mengekalkan sembilan pemain daripada skuad 2022 yang membawa Malaysia muncul juara edisi lepas bagi menggalas tugas mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan.
Kesihatan mental petugas media perlu dijaga demi kualiti kerja
Tuntutan kerja para petugas media yang sentiasa berhadapan dengan pelbagai bentuk tekanan kadangkala mengakibatkan kesihatan mental menjadi lemah, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan mereka.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
GOL tunggal Alif Haiqal hadiahkan Selangor FC mata penuh
Alif Haiqal Lau mencipta kemenangan dramatik selepas jaringan tunggalnya membantu Selangor FC (SFC) menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) 1-0 FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
SOP keselamatan haji TH ikut ISO 9001 2015
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disediakan Lembaga Tabung Haji (TH) berkaitan aspek keselamatan jemaah semasa di tanah suci adalah berlandaskan sistem pengurusan ISO 9001 2025 perkhidmatan haji yang perlu dipatuhi jemaah apabila berdepan kejadian luar jangka seperti insiden kren tumbang dan rempuhan di mina sebelum ini.
Ribuan peserta berarak di ibu kota Kuala Lumpur
Acara yang berlangsung sekitar satu jam itu menyaksikan para peserta berarak sepanjang jalan di Bukit Bintang sebelum berpatah balik ke Pavilion, Kuala Lumpur.
Malaysia jadi Negara Contoh ‘Best Practice’ perkembangan AI
Pada sidang 'planery' bagi Sesi Peringkat Tinggi, mesyuarat tersebut turut menyifatkan Malaysia sebagai antara negara Komanwel yang berada di hadapan dalam membangunkan transformasi digital dan AI.
Tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan
Beban peniaga makanan menyediakan Menu Rahmah berikutan kenaikan harga barang boleh diatasi, apabila mereka memohon dan menggunakan kad diskaun khas Menu Rahmah
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata ini kerana kad diskaun khas itu menawarkan pembelian barang keperluan perniagaan dengan diskaun sehingga 40 peratus.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata ini kerana kad diskaun khas itu menawarkan pembelian barang keperluan perniagaan dengan diskaun sehingga 40 peratus.
Laungan keramat 'merdeka' kembali bergema di Banda Hilir selepas 68 tahun
Ia bagi mengenang perisitiwa bersejarah Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Pameran Eksklusif Tugu Negara ingati Tunku Abdul Rahman bermula hari ini
Sempena mengingati peranan dan sumbangan Perdana Menteri pertama, Tuanku Abdul Rahman Putra, Arkib Negara menganjurkan Pameran Eksklusif Tugu Negara dan Bicara Negara di Memorial TAR.
Ratu Elizabeth II, Tunku Abdul Rahman jalin hubungan yang baik - Kenang anak saudara Tunku
Ratu Elizabeth II secara peribadi menghidangkan sepotong kek dari pantri ketika Tunku mengadap baginda di Istana Buckingham, United Kingdom.
Rumah Takdir 'markas' Tunku Abdul Rahman pupuk semangat perpaduan kaum
Rumah dua tingkat itu dibeli pada harga RM180,000 dengan menggunakan wang ganjaran yang diperoleh bagi tempoh berkhidmat sebagai Perdana Menteri.
Gandhi dan Tunku kongsi inspirasi bahawa kemerdekaan tidak bermakna tanpa semangat berbakti
Kedua-dua pemimpin telah memberi sumbangan besar dan tiada tolok banding terhadap kesejahteraan rakyat.
Pegawai SPRM pimpin lafaz ikrar rukun negara, laungan merdeka
Usai melafazkan prinsip kelima Rukun Negara, 'Kesopanan dan Kesusilaan' diikuti paluan drum, vokal lantang Zuhairie melaungkan 'Merdeka' sebanyak tujuh kali.
Rakyat semua kaum, agama dan peringkat umur harus bersatu pupuk perpaduan
Rakyat berbilang kaum, agama dan peringkat umur dari segenap lapisan masyarakat harus bersatu untuk memupuk perpaduan di negara ini.
Presiden IDEAS bidas golongan berpura-pura patriotik
Tunku Zain Al-'Abidin Tunku Mukhriz hari ini menyelar golongan yang sering berpura-pura menjadi patriotik sedangkan tidak mengetahui apa-apa tentang perjuangan masa dahulu.